Jumaat, 16 November 2012

Tahun Baru Dengan Kekuatan Baru

Assalamualaikum Semua ...

Sudah hampir 6 bulan saya tak bergiat aktif dalam penulisan blog . Rasa rindu, sedih, sebak dan terharu semuanya sudah bercampur baur dalam hati . Maklumlah sepanjang hanyat kita di dunia ini hanyalah sebagai pemegang watak masing-masing untuk menjadikan kehidupan di alam ini menjadi lebih menarik dan mewujudkan corak kehidupan. Jadi selagi kita masih diberikan peluang untuk memegang watak-watak penting dalam dunia ini kita seharusnya melakonkan dengan seikhlas yang mungkin dan jadilah watak kita sendiri tanpa kita meniru watak-watak lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan masing-masing jadi tidak perlu rasanya untuk kita merendah diri atau meninggi diri . Saya tertarik dengan satu pepatah yang menyatakan " Jangan kita menyusahkan seseorang itu Jika kita tidak mampu untuk menyenangkan seseorang itu " . Maka bersempena tahun baru ini marilah kita bersama-sama membina kekuatan baharu untuk menempuh segala onak ranjau yang akan kita tempuhi kelak. Segala kesilapan dan kesalahan lampau kita jadikan sebagai pengajaran . Kerana setiap kejadian akan mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang.

Wssalam . . .